Sakit rupanya bila kita merindu.. Tambah lagi bila kerinduan terpendam.. Terkadang tidak mampu di luahkan.. Tiada kata-kata dapat mentafsirkan kerinduan.. ' I MISS YOU".. ' RINDU SANGAT-SANGAT' dua ayat ni masih tidak mampu menterjemah apa yang tersirat di dalam hati..
Aku menangis bukan kerana sedih.. Tetapi kerana merindui insan bergelar ADAM..
Aku berdiam bukan kerana Tidak peduli.. Tetapi memendam sejuta kerinduan pada insan bergelar ADAM..
Tiada siapa yang tahu apa yang tersirat dihati, apa yang dirasa oleh sekeping hati milikku..
"Ya Allah, sesungguhnya setiap saat dan waktu aku amat merinduinya.. Rahmati hidupnya.. Berkati hari-harinya.. Lindungilah dia.. Bimbinglah dia.. Kerana aku amat cinta dan sayang padanya.. Amin Ya Rabbal Alamin.. "
~ Walaupun aku derita merinduinya, namun tetap bersyukur kerana masih mampu merasa bahagianya.. Semoga dia menjadi milikku yang halal.. ~

No comments:
Post a Comment