31 December, 2012

SELAMAT TINGGAL 2012

Bismillahirrahmannirrahim

Assalamualaikum warahmatullahi wabaraktuh..

Hari ini merupakan hari terakhir bagi tahun 2012. mengingatkan saya kepada beberapa peristiwa. tidak sangka cepat masa berlalu.

"Flashback"

Tepat 1 Januari 2012, saya berhijab dengan sepenuhnya. Benar kata UAI, mula-mula memang perlu dipaksa, tapi lama-lama perkara itu akan menjadi kebiasaan dan dilakukan dengan ikhlas. Alhamdulillah. 

Birthday?!! tiada yang ingat.. hahaha.. even saya sendiri. ( ada kali tapi saya lupa..)

Bulan kesedihan. Mengalami kehilangan. Seriusnya bermula saat ini hidup menjadi agak messy. Bulan yang paling banyak saya mencurahkan air mata. bukan kerana marah tapi kesal.

RESIGNED. yah, berhenti kerja. Bosan but at least boleh ringankan beban mummy.( sedapkan hati sendiri). Mula menceburi bisnes online tapi mungkin bukan rezeki. Pengurusan yang tidak sistematik. But still rasa bersyukur diberi peluang cuba bidang baru. Alhamdulillah

KK-KUNDASANG -KUDAT-KK. Yah, first time jumpa bakal mertua ( mudah-mudahan). Dia sangat baik. Mula-mula memang takut. segan jangan cerita.. menggigil juga. tapi Alhamdulillah, layanan yang diberi sangat baik. Terima kasih sudi terima saya yang serba kekurangan ini!

Tahun pertama saya buat biskut rasa sendirian!.13 Jenis tolak kek. saja test knowledge. dan Alhamdulillah, puasa sempurna. ada juga la pecah beberapa hari.

Hari Raya.. tapi seperti biasa tidak la semeriah masa kita kecil dulu. duit raya langsung tiada! Ada juga ikut beraya di kudat. Bolehlah..

Boleh dikatakan tahun ini tahun para sahabat saya menamatkan zaman bujang mereka (semoga bahagia selamanya, aamiin) Saya? lamaaaaaaaaaaaaaa lagi rasanya. tak mampu untuk berharap sebab at the end of the day, saya tau pasti ada sedikit kecewa. so, tentang kahwin saya rasa tak mahu fikir dulu. over excited hari tu tapi realitinya kalau seorang saja yang beria-ia, it will never happen. haha.. funny babe. besides, kena ingat bukan saya juga yang cari duit, kenapa pulak saya yang beria-ia mendesak. MINTA MAAF SEBAB BERTINDAK TANPA BERFIKIR. INSYAALLAH LEPAS INI TIDAK AKAN MENIMBULKAN SOAL INI LAGI SEHINGGALAH BENAR-BENAR SEDIA. tapi sejujurnya saya kecewa. hahahahaha tidak apa la kan. belum sampai jodoh.

Balik kampung.. o o o .. balik kampung.. my cousin, Bianus telah pun menamatkan zaman bujangnya. TAHNIAH!!! niat selain mau attend tu wedding saja jak mau hirup udara segar. ALhamdulillah, masih diberi peluang untuk berjumpa sanak saudara. Saya Bangga Menjadi Anak Tambunan. Yeahhhh~

Bila diingat-ingat terlalu banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2012. Ada suka dan ada duka. Gembira, sedih, ketawa dan menangis semua manjadi satu. Esok sudah mula kalendar masihi baru. tapi bagi saya tiada yang baru melainkan usia semakin bertambah. Kehilangan itu ada tapi kehadiran juga ada. Apa yang saya harapkan, dengan kehadiran tahun 2013 akan menambahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik, kesejahteraan, keterbukaan hati insyaallah. 



'Alhamdulillah, terima kasih syukur untuk segala kegembiraan dan kesedihan tahun ini. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk adalah dari kita sendiri. Semoga masih ada sinar untukku. 

Aku tidak perlukan azam baru. Cukup untuk meminta agar hari-hari ku sentiasa dalam rahmat dan lindungan. Berusaha untuk menjadi insan sebaik-baik insan. Menjadi Hamba-NYA yang beriman.. anak yang taat kepada kedua ibu bapa.. Isteri solehah (in shaa Allah jika diizinkan) ibu yang mithali (in shaa Allah jika diberi peluang) Menantu yang baik.. Sahabat yang baik.
Aamin Ya Rabbal Alamin

SELAMAT TINGGAL 2012.. SELAMAT DATANG 2013..